Kutiyattam, Dramatari bahasa Sansakerta

Kutiyattam adalah pertunjukan dramatari dalam bahasa Sansakerta yang tertua di India. Pertunjukan dilangsungkan di gedung teater (Kuttampalam) yang berada di lingkungan kuil agama Hindu di Kerala. Tradisi pementasan Kutiyattam sudah berlangsung sejak 2.000 tahun yang lalu. Kutiyattam dulunya tidak bisa ditonton sembarang orang. Dramatari ini dianggap suci dan walaupun sekarang sudah bisa ditonton orang biasa, penari masih menerima penyucian dari pendeta dan lampu minyak terus menyala selama pementasan sebagai lambang kehadiran dewa. Koreografi yang rumit terus dijaga agar tidak bocor ke luar melalui peraturan yang ketat. Belakangan ini segala aspek pementasan Kutiyattam sudah ditulis ke dalam buku pedoman, tapi kerahasiaannya masih dipegang erat oleh keluarga tertentu

FMT-India-300x220 Roket-1Pentas Roket-1Buku Roket-1Watak

truktur persembahan drama tari kutiyattam terbahagi kepada empat bahagian iaitu Talavilkettuka, Arannuvitanam, Purappad dan Nirvahana.

Bahagian Talavilkettuka, iaitu upacara memasang lampu pertama, dilakukan di belakang tirai bagi memuja Ganesha, dewa berkepala gajah. Upacara itu dilakukan bagi mendapatkan restu Ganesha yang dianggap dewa utama dalam agama Hindu.

Pada bahagian Arannuvitanam pula, pentas direnjis dengan air suci, ditaburkan bunga serta dihias daun kelapa muda dan daun pokok mangga. Semua ini dilakukan dengan andaian dan kepercayaan bahawa dewa-dewi akan datang untuk turut menonton persembahan yang diadakan.

drama tari kutiyattam menggunakan Bahasa Sanskrit, Malayalam serta Manipravala iaitu gabungan Bahasa Malayalam dan Sanskrit dalam nyanyian, dialog dan penceritaan.

Kutiyattam dipersembahkan di atas pentas disebut kutambalam yang dibina khas di perkarangan kuil, terutama di Kerala.

Cerita-cerita kutiyattam yang diambil daripada epik Ramayana, Mahabharata dan purana sentiasa membuatkan dan melupakan  realiti di sekeliling.

sinopsis cerita “Valivadhanka” yang mengisahkan perselisihan antara Vaali, raja kera dengan adiknya, Sugriwa.

Sugriwa lalu meminta bantuan Rama untuk membunuh Vaali. Aksi pertarungan Sugriwa-Vaali dan Rama-Vaali pasti dipersembahkan secara penuh dramatik dalam drama tari kutiyattam.
Begitu juga kisah “Anguliyankam” yang berkisar tentang episod Rama meminta Hanuman meninjau keadaan Sita yang dilarikan oleh Ravana ke Lanka. Apabila bertemu Sita, Hanuman menyampaikan cincin pemberian Rama bagi membuktikan bahawa dia adalah utusan daripada Rama.

Iklan

Tentang Bombo Unyil

Anak dirantau, sendiri , disini , di Dunia Maya
Pos ini dipublikasikan di Tari dan tag , , , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

w

Connecting to %s